BMM 3105 P&P BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

MUTAKHIR

Picture
Gempa 6.2 magnitud landa timur Russia


2011/02/21MOSCOW: Gempa berukuran 6.2 magnitud melanda perairan Kamchatka di timur Russia awal pagi, lapor Agensi Penyelidikan Gelogikal Amerika Syarikat (USGS). 

Gempa melanda jam 9.43 pagi waktu tempatan di Semenanjung Kamchatka, kira-kira 400 kilometer di timur laut ibi negara Petropavlovsk-Kamchatsky.Jurucakap Kementerian Kecemasan Wilayah Kamchatka memberitahu, setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan atau mereka yang cedera. - AFP


Picture
Tunisia mahu Arab Saudi ekstradisi Ben Ali


2011/02/21TUNIS: Kerajaan sementara Tunisia semalam mahu Arab Saudi mengekstradisi Zine El Abidine Ben Ali yang melarikan diri selepas negara itu berdepan gelombang kedua tunjuk perasaan yang mahu Presiden itu meletakkan jawatan. 

Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi, berkata kerajaan sudah menghantar permohonan rasmi ke Riyadh, di mana Ben Ali bersama keluarganya dilaporkan keluar dari negara itu pada 14 Januari selepas rakyat keluar memprotes pemerintahannya selama 23 tahun.Kerajaan dilaporkan akan mengenakan dakwaan kepada Ben Ali kerana pembabitkannya dengan beberapa jenayah kejam.Kerajaan sementara itu juga meminta Arab Saudi memberikan maklumat mengenai kesihatan presiden yang berusia 74 tahun itu yang dilaporkan mengalami tekanan dan kini dirawat di hospital di Jeddah. - AFP